Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar tolak guna Mercedes S600
Diterbitkan:  Nov 28, 2022 8:48 AM
Dikemaskini: 2:11 AM

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hanya akan menggunakan kenderaan sedia ada bagi urusan harian dan menolak daripada menggunakan kenderaan jenis Mercedes Benz S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum dia memasuki pejabat.

Anwar berkata keputusan tersebut diambil kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atasnya.

"Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.

"Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Semalam perdana menteri itu berkata kerajaan tidak akan membeli kereta rasmi baru untuk kegunaannya atau melakukan sebarang pengubahsuaian di pejabatnya.

Jelas Anwar, dia ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan sebagaimana amalan pentadbiran terdahulu.

Katanya pembaziran itu termasuklah membeli permaidani dan mengubahsuai pejabat

"Mereka sebut umpamanya karpet (di JPM) tu ada yang pecah. Saya kata tak apa, repair sikit-sikit cukup. Jangan beli yang baru.

"Jadi ini sebagai mesej kepada semua pimpinan jabatan yang lain supaya ingat dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baru. Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS