Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes menghina Islam: Wanita, teman lelaki didakwa esok
Diterbitkan:  Jul 12, 2022 3:06 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Wanita yang menghina Islam dalam program di kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur akan didakwa di mahkamah, esok.

Turut didakwa esok adalah teman lelaki wanita itu.

“Kertas siasatan polis telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara pada Selasa, 12 Julai lalu dan mendapat arahan untuk menuduh penama Siti Nuramira binti Abdullah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Manakala penama (teman lelakinya) Alexander Navin A/L Vijayachandran pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Setiausaha Polis Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Ia juga menyebut reman ke atas Siti Nuramira binti Abdullah yang tamat pada 12 Julai lalu akan disambung selama satu hari lagi sehingga esok.

Media sebelum ini melaporkan wanita berusia 28 tahun itu ditahan kelmarin dan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung video tular menghina Islam ketika persembahan di sebuah kelab komedi.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS