MCA menayangkan video tingkah laku pengguna skuter elektrik sebagai jawapan kepada kritikan terhadap pengharamannya di atas jalan raya.
Jurucakap MCA Mike Chong menyiarkan video klip itu kepada wartawan dalam sidang media hari ini.
Dia antaranya memaparkan tindakan anggota polis memberhentikan pengguna kenderaan mikromobiliti itu di George Town, Pulau Pinang, kerana menggunakannya secara tidak wajar.
“Adakah ini yang mereka nak tengok?
“Ini bukan sahaja di Pulau Pinang tapi di seluruh negara,” katanya di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur.
Chong juga menayangkan video skuter elektrik meletup ketika dicaj di rumah.