Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amanah tolak cadangan gabung dengan PKR
Diterbitkan:  Dec 2, 2021 6:51 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Amanah menolak cadangan penggabungan parti itu dengan PKR.

“Ya,” kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini ketika diminta mengesahkan sama ada benar mereka menolak idea itu.

Salahuddin berkata cadangan itu tidak perlu dipertimbangkan kerana “tidak pernah berbangkit”.

Salahuddin Ayub 

Katanya, Amanah tidak menerima cadangan daripada mana-mana pihak berkaitan perkara itu.

Malah, katanya, akar umbi mereka atau mana-mana peringkat dalam Amanah juga tidak pernah membangkitkannya.

“Kalau ada baru boleh kita ambil kira dan bincang.

“Ini entah daripada mana datang saya pun tak tahu,” katanya yang juga anggota parlimen Pulai.

Penganalisis politik Wong Chin Huat sebelum ini mencadangkan penggabungan PKR-Amanah selepas Pakatan Harapan (PH) kalah teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Hujahnya, penggabungan itu akan menjadikan mereka parti terbesar dalam Dewan Rakyat, sekali gus menolak propaganda PH dikuasai DAP.

Wong Chin Huat 

Cadangan itu disambut oleh bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Selangor, Najwan Halimi. Najwna bagaimana melihat ia dapat menyelesaikan ketandusan kepemimpinan di pelbagai peringkat dalam PKR.

Semalam, Free Malaysia Today melaporkan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata cadangan penggabungan itu sudah dikemukakan, namun belum dibincangkan.

Anwar yang juga pengerusi PH dan ketua pembangkang bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.

Bagaimanapun, ketika ditanya berkaitan perkara itu, Salahuddin berkata dia tidak pasti jika Anwar menerima cadangan berkaitan daripada mana-mana pihak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS