Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ismail umum kabinet baru, tiada TPM
Diterbitkan:  Aug 27, 2021 11:23 AM
Dikemaskini: 7:47 AM

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.

Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan.

Bagaimanapun, Ismail mewujudkan jawatan empat "menteri kanan" seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Berikut senarai kabinet baru:

Perdana Menteri: Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa: Azmin Ali (Bersatu)
Timbalan: Lim Ban Hong (MCA).

Menteri Kanan Pertahanan: Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)

Menteri Kanan Pendidikan: Senator Dr Radzi Jidin (Bersatu)
Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Mohamad Alamin (Umno)

Menteri Kanan Kerja Raya: Fadillah Yusof (GPS)
Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS).

Menteri Kewangan: Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

Agama - Senator Idris Ahmad (PAS)
Timbalan: Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Undang Undang - Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS)
Timbalan: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu).

Ekonomi - Mustapa Mohamed (Bersatu
Timbalan: Eddin Syazlee Shith (Bersatu).

Sabah Dan Sarawak - Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan: Hanifah Hajar Taib (GPS)

Tugas Tugas Khas -Abdul Latif Ahmad (Bersatu)
Timbalan: Mastura Mohd Yazid (Umno).

Menteri Dalam Negeri: Hamzah Zainudin (Bersatu)
Timbalan: Ismail Mohamed Said (Umno), Jonathan Yassin (Bersatu)

Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno)
Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS)

Menteri Pengangkutan: Ir. Wee Ka Siong (MCA)
Timbalan: Henry Sum Agong (GPS)

Menteri Luar Negeri: Saifuddin Abdullah (Bersatu)
Timbalan: Kamarudin Jaffar (Bersatu)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi (GPS)
Timbalan: Rosol Wahid (Bersatu)

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Rina Harun (Bersatu)
Timbalan :Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa (Umno)
Timbalan: Zahidi Zainul Abidin (Umno)

Menteri Pertanian: Dr Ronald Kiandee (Bersatu)
Timbalan: Ahmad Hamzah (Umno), Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba IUmno)
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS)

Menteri Perladangan dan Komoditi: Zuraida Kamaruddin (Bersatu)
Timbalan:Wee Jeck Seng (MCA), Willie Mongin (Bersatu)

Menteri Alam Sekitar dan Air: Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan: Dr Mansor Othman (Bersatu)

Menteri Wilayah Persekutuan: Shahidan Kasim (Umno)
Timbalan: Jalaluddin Alias (Umno)

Menteri Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad (Umno)
Timbalan: Ahmad Masrizal Muhammad (Umno-Senator)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan
Timbalan: Ali Biju (Bersatu)

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Mahdzir Khalid
Timbalan: Abdul Rahman Mohamad (Umno), Hasbi Habibollah (GPS)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Merican Naina Merican (Umno)
Timbalan:Ismail Abd Muttalib (Umno)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar (Umno)
Timbalan: Muslimin Yahaya (Bersatu)

Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Budaya: Nancy Shukri (GPS)
Timbalan: Edmund Santhara (Bersatu)

Menteri Perpaduan Negara: Halimah Saddique
Timbalan: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Senator)

Menteri Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu (Bersatu)
Timbalan: Ti Lian Ker (MCA-Senator)

Menteri Sumber Manusia: M Saravanan (MIC)
Timbalan: Awang Hashim (PAS)



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS