Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 12 kes baru, satu lagi kematian
Diterbitkan:  Jul 31, 2020 5:14 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Sebanyak 12 baru Covid-19 baru dilaporkan hari ini dengan tujuh daripadanya membabitkan kes penularan tempatan manakala lima lagi adalah kes import.

“Daripada tujuh kes penularan di dalam negara, lima kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah

Dia turut memberi perincian kes penularan Covid-19 dalam negara itu yang membabitkan warganegara Malaysia.

  • Johor: Satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Sultan Ismail;
  • Kedah: Dua kes daripada Kluster PUI Sivagangga;
  • Selangor: Satu kes saringan pra pembedahan di sebuah pusat perubatan;
  • Negeri Sembilan: Satu kes saringan di lokap sebelum dipindahkan ke penjara.
  • Bagi kes jangkitan dalam negara 2 kes di kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:
  • Johor: Satu kes saringan pra pembedahan;
  • Sabah: Satu kes kematian dikesan positif Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth.

Dr Noor Hisham, berkata, dengan penambahan kes baru itu, jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 8,976, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 207 kes.

Dia juga memaklumkan satu lagi kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah mangsa sebanyak125 orang.

“Kes kematian ke-125 (kes ke-8974) merupakan lelaki bukan warganegara Malaysia (warganegara Filipina) berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung.

“Beliau mempunyai gejala demam, batuk dan sesak nafas pada 25 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan.

“Pada 29 Julai lalu, beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah di mana beliau telah disahkan meninggal dunia. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif Covid-19,” katanya.

Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah didiscaj daripada wad pula adalah sebanyak 96.3 peratus atau bersamaan 8,644 kes termasuk 27 kes pulih hari ini, katanya.

“Sehingga kini, terdapat tiga kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), satu kes itu memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Lihat Komen
ADS