Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenapa belum lantik ahli baru PAC?
Diterbitkan:  Jul 23, 2020 1:57 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

PARLIMEN l Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mempersoalkan kelewatan kerajaan melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bercakap ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, hari ini, naib pengerusi PAC itu berkata, banyak kerja yang harus dilakukan tetapi kelewatan itu menghalang jawatankuasa berkenaan daripada untuk kembali beroperasi.

“Sudah dua minggu kita sidang di sini tetapi PAC masih belum dapat berfungsi untuk meneruskan prosiding kita.

“Atas satu alasan sahaja kerana pelatikkan ahli-ahli baru belum lagi dibuat. Sampai bila kita nak tunggu untuk pelantikkan-pelantikan ini.

“Sampai bila kita nak tunggu? Sampai semua fungsi jawatankuasa ini boleh dipulihkan? Dan sampai bila kita nak tunggu kesemua jawatankuasa-jawatankuasa ini dilumpuhkan oleh pentadbiran sekarang?

"Kerja kita banyak tertangguh," katanya.

Mengulas lanjut, Wong berkata bahawa kerja-kerja PAC terhalang kerana mereka tidak dapat meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru.

Beliau juga memaklumkan bahawa PAC masih belum dapat membentangkan tiga laporan lengkap berhubung siasatan mereka ke atas kutipan cukai jalan dan sistem kemasukan kenderaan asing; projek sekolah sukan Perlis; dan penjualan tanah DBKL.

"Tolong lantik anggota jawatankuasa penuh sekarang, jangan berlengah lagi," desak Wong.

Di bawah pemerintahan Pakatan Harapan sebelum ini, Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dilantik sebagai ketua PAC.

Beliau dan beberapa anggota PAC lain kini menjadi anggota kabinet Perikatan Nasional.

PN telah setuju supaya tugas PAC dibiarkan berterusan tetapi seorang wakil rakyat pembangkang akan dilantik mengetuainya tetapi belum mengumumkan pelantikan itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS