Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 1,000 ahli Warisan di Libaran diumum keluar parti

Lebih 1,000 ahli Parti Warisan Sabah termasuk 11 ketua cawangan mengumumkan keluar parti hari ini atas kekesalan mereka terhadap pemimpin parti itu yang dianggap tidak memperdulikan cawangan terbabit selepas menang Pilihan Raya Umum ke 14.

Pengumuman keluar parti itu, yang melibatkan semua cawangan parti di bawah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Airport dan Sibugal, dipimpin oleh ketua cawangan Sejati 1, Ibrahim Yusof.

"Kami telah bertungkus lumus untuk memenangkan Warisan pada PRU-14 lalu, tetapi kami langsung tidak dihargai.

“Antaranya, cawangan kami gagal didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), walaupun telah hantar borang pendaftaran sebelum PRU-14 lagi,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu yang turut dihadiri kesemua 11 ketua cawangan terlibat.

Ibrahim berkata pengumuman keluar parti 11 cawangan itu tidak ada kaitan dengan mana-mana pemimpin atasan parti dan tindakan tersebut atas keputusan mereka sendiri.

Katanya, ahli yang keluar parti itu memilih untuk menjadi ahli bebas, sementara Ibrahim memaklumkan telah membuat keputusan untuk menyertai sebuah parti tempatan Sabah iaitu Parti Perpaduan Rakyat Sabah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS