Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Raja Permaisuri sumbangkan 150 katil untuk Hospital Sg Buloh, HKL
Diterbitkan:  Apr 12, 2020 9:24 AM
Dikemaskini: 1:33 AM

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan menyumbangkan 100 katil untuk kegunaan Hospital Sungai Buloh dan 50 katil lagi untuk Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook beliau mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan ke atas baginda tuanku.

"Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.

"Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan tersebut.

"Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara," katanya.

Sementara itu, Noor Hisham turut merakamkan penghargaan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas kurniaan 42 ventilator untuk kegunaan hospital di seluruh Johor.

Sumbangan baginda semalam disampaikan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu.

"KKM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas perkenan baginda Tuanku," kata Noor Hisham.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS