Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

ULASAN | Matlamat menjadi ahli politik adalah untuk berkuasa.

Di Malaysia, walaupun dengan populasi yang kecil, namun, orang yang terlibat dalam arena politik telah mengerakkan politik Malaysia ke satu tahap yang berbeza, boleh dikatakan sebagai “Games of Thrones” yang tidak berkesudahan dengan persoalan siapa akan menjadi perdana menteri.

Ironinya, walaupun telah diketahui sebelum pilihan raya ke-14 bahawa kelemahan PH adalah dengan konfrontasi atau saingan daripada BN , terutamanya Umno.

Oleh itu, semua ahli majlis tertinggi Pakatan Harapan telah mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri sejurus selepas Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perdana menteri.

Namun, politik di dalam Pakatan Harapan tidak harus menjadi seperti apa yang sedang terjadi sekarang, dengan menteri hal ehwal ekonomi saling berbalah dengan ketua partinya sendiri.

Lima strategi bahaya

Terdapat lima strategi bahaya yang perlu disedari, dalam persaingan merebut kuasa untuk menakluki pejabat perdana Menteri, dan ia akan mendatangkan kekacauan kepada Malaysia Baru ini secara tidak sedar.

Pertama, dengan kembalinya bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak sebagai pengerusi lembaga penasihat BN, ini bermaksud beliau bila-bila masa sahaja akan bergiat semula di dalam politik.

Di samping itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah kembali dari cutinya. Dalam erti kata lain, kepala ular masih boleh mematuk, walaupun telah terpisah daripada badannya.

BN dan PAS sedang berusaha menambahkan kekuatannya. Mereka bersedia, serta tidak melakukan sesuatu dengan melulu dan serius, demi memenangi pilihan raya ke-15.

PH boleh ditewaskan keseluruhannya dan membolehkan golongan kleptokrasi ini kembali menakluki dan merampas semula kuasa daripada rakyat Malaysia yang mengundi pada Mei lepas - kerajaan yang bersih dan amanah.

Penjawat awam jadi pemerhati senyap

Kedua, Malaysia mempunyai satu sistem birokrasi yang diamanahkan kepada 1.5 juta kakitangan awam di seluruh 13 negeri. Mereka tidak harus menjadi ahli politik dan tidak boleh menjadi ahli politik.

Tetapi apabila kerajaan Pakatan Harapan tidak berfungsi seiring dengan janji yang tertulis di dalam manifesto pilihan raya, maka para penjawat awam tiada motivasi untuk bekerja dengan lebih efektif dalam berkhidmat untuk rakyat.

Mereka akan menjadi pemerhati, secara senyap, untuk melihat siapa yang akan memenangi “Game of Thrones” ini sebelum membuat apa-apa keputusan. 

Dengan kata lain, mereka hanya bertindak secara neutral berdasarkan apa yang mereka perhatikan, dengar dan tidak berkata apa-apa, tanpa perlu berpihak kepada sesiapa.

Kesemua ini akan mengakibatkan ketidakstabilan dalam politik ekonomi di Malaysia kerana terdapat lebih daripada 900 GLCs yang memiliki ekuiti atau kepentingan kewangan sebanyak 70 peratus di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Apabila kakitangan kerajaan tidak mengambil langkah aktif untuk menambahbaik kesejahteraan rakyat Malaysia, GLCs tidak dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Hasilnya, “Malaysia Inc” akan lumpuh secara perlahan, dimana syarikat korporat yang dahulunya mempunyai “pelaburan” di dalam parti politik, hilang pendapatan disebabkan parti tempat mereka membuat “pelaburan” kalah dalam pilihan raya ke-14, akan mengambil kesempatan dan menunggu saat kebangkitan parti pilihan mereka yang boleh menjamin kepentingan mereka.

Kehilangan pelabur asing

Keempat, sekiranya “Game of Thrones” yang tidak berkesudahan ini terus berlanjutan, dengan atau tanpa merujuk kepada video seks yang telah dibuktikan sahih oleh Ketua Polis Negara sendiri, pelabur asing akan lebih cenderung melabur di negara-negara lain.

Kemboja dan Laos merupakan dua ekonomi yang berkembang paling pesat di Asia Tenggara dengan kadar pertumbuhan 6.9 dan 7.1 peratus masing-masing. Mata wang mereka terikat kepada Dollar Amerika, dan mereka diberi sokongon kewangan oleh China. Mengapa dunia perniagaan harus memandang serius dengan Malaysia?

Mereka tidak akan, selagi wujudnya mainan politik untuk menyingkirkan Anwar, yang dipilih untuk menggantikan Mahathir.

Akhirnya, penyokong “Game of Thrones” yang tidak berkesudahan ini akan hilang kesemuanya jika mereka terus menyokong Azmin tanpa batasan rasional.

'Tiada siapa tahu kedudukan sebenar S'gor'

Dasar ekonomi Azmin berada di Selangor. Tidak seperti di zaman Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar dahulunya yang telah menguatkan kedudukan kewangan Selangor, sekarang tiada siapa yang tahu kedudukan sebenar kewangan Selangor.

Seperti yang diketahui, mungkin Selangor reserves sudah berkurangan secara besar. Ini mungkin boleh menjelaskan mengapa ekonomi Malaysia semakin merudum, kerana 25 peratus GDP datangnya daripada Selangor.

Politik Malaysia tidak boleh dipisahkan dari ekonomi, dan sebab inilah, semuanya mahu memegang jawatan-jawatan tertinggi di kerajaan.

Tetapi jika mereka asyik gaduh sama sendiri, termasuk menikam presiden parti itu sendiri, ini bermaksud mereka belum bersedia untuk memimpin Malaysia.

Maka, merekalah yang bertanggungjawab ke atas kegagalan Malaysia Baru ini. Fikir-fikirkanlah.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir berfokuskan penyelidikan dasar berteraskan data, Emir Research. Ia ditunjangi nilai-nilai konsultansi, kesederhanaan dan kerapian.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS