Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.5sen dan bonus 0.5sen seunit Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember.
Bayaran berkenaan merangkumi pengagihan sebanyak 7.00sen seunit dan jumlah anggaran pembayaran yang akan memanfaatkan 9.6 juta pemegang unit yang memiliki 155 bilion unit dalam ASB.
Agihan pendapatan itu mewakili hasil dividen sebanyak 5.1 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih dana berkenaan setakat 20 Disember 2018.
Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 7.00sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB.
Bagi Amanah Saham Nasional (ASN) pula, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 3.25sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Aziz berkata, pencapaian tersebut mencerminkan prestasi kewangan PNB yang kukuh pada tahun ini di sebalik pasaran global dan domestik yang tidak menentu.