Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Demonstrasi talian perkhidmatan pelanggan SST undang ketawa
Diterbitkan:  Sep 1, 2018 5:29 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

Ketua Pengarah Kastam Datuk T Subromaniam mengundang ketawa ketika taklimat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Johor Bahru semalam selepas cuba mendemonstrasikan talian perkhidmatan pelanggan jabatannya.

Menurut akhbar harian China Press yang melaporkan kejadian itu, Subromaniam sebelum itu cuba menghubungi sendiri talian berkenaan untuk membuktikan kepada hadirin bahawa ia berfungsi setiap hari.

Bagaimanapun, panggilan beliau dijawab oleh peti suara yang memintanya untuk memilih beberapa pilihan sementara hadirin yang mendengar taklimat itu mula tersengih.

Subromaniam dikatakan mengambil masa lebih seminit untuk melepasi semua langkah yang diarahkan peti suara dan selepas itu diminta menunggu.

Hadirin kemudian menghamburkan ketawa dan Subromaniam kemudian menamatkan panggilan.

Subromaniam kemudian menegaskan bahawa talian perkhidmatan pelanggan SST itu beroperasi setiap hati kecuali cuti umum.

"Mereka (pengendali talian) akan bekerja sehingga lewat malam, itu yang saya cuba katakan," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS