Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Terowong dasar laut: Dakwaan sogokan ‘pembohongan terdesak’, kata Lim

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyangkal dakwaan ada ahli politik yang menerima sogokan dalam projek terowong dasar laut di negeri itu.

Menyifatkannya sebagai "pembohongan terdesak", Lim berkata beliau tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat dakwaan itu kerana mereka tidak menamakan sesiapa.

Setiausaha Agung DAP itu berkata beliau kini berada di sabah dan akan mengemukakan bukti yang menunjukkan dakwaan itu salah, esok.

"(Ia) hanya tuduhan untuk merosakkan reputasi kerajaan negeri. Esok kami akan buktikan mengapa (dakwaan itu) adalah pembohongan, katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas laporan yang disiarkan Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times hari ini yang memetik sumber tidak bernama yang mendakwa "habuan mencecah jutaan ringgit" diberikan kepada ahli politik dalam projek yang dianggar bernilai RM6.3 bilion itu.

Sumber itu mendakwa maklumat itu berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas badan itu menyerbu kira-kira 20 agensi untuk merampas dokumen berkaitan.

"Ada ahli politik yang menerima ratusan ribu ringgit malah ada yang mencecah jutaan ringgit melalui 'jalinan kerjasama' itu.

"kami percaya itu berkemungkinan berkaitan pemberian dua lot tanah bernilai tinggi yang menjadi cara pembayaran kepada kajian projek mega itu," kata sumber itu seperti dipetik Utusan.

Projek itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd pada 2013, dan bakal menghubungkan kawasan pulau negeri itu dengan Seberang Perai Utara.

Pembinaan dijadual bermula pada 2023 dan dijangka siap pada 2027.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS