Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid jelaskan punca kelewatan siasatan ROS terhadap DAP
Diterbitkan:  May 19, 2016 6:50 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Tiga tahun telah berlalu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih dilihat terkial-kial dalam siasatannya ke atas kesahihan jawatankuasa eksesekutif pusat (CEC) DAP.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyalahkan kandungan yang bercanggah dan kesahihan dokumen-dokumen yang diperiksa oleh ROS.

"ROS masih menyiasat perkara ini kerana ia perlu mengkaji butiran dokumen-dokumen yang diserahkan oleh DAP.

"Ini menyebabkan percanggahan dari aspek kandungan dan kesahihan dokumen-dokumen tersebut," kata beliau dalam jawapan bertulis parlimen.

Zahid menjawab soalan dari ahli parlimen Tanjong Karang dari BN, Datuk Seri Noh Omar yang mahu tahu status siasatan ROS ke atas CEC parti itu dan kedudukan Lim Guan Eng selaku setiausaha agung DAP.

Pada bulan September 2014, DAP mengumumkan bahawa pemilihan CECnya sebagai sah ekoran pengumuman ROS di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa jabatan itu menarik balik panggantungan pengiktirafan CEC.

Susulan itu, CEC yang dipilih semula pada 29 September tahun lalu “boleh menjalankan segala peranan dan tanggungjawabnya”.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS