Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kenapa turun harga petrol tak masuk bajet Pakatan?'
Diterbitkan:  Oct 6, 2012 11:45 AM
Dikemaskini: 3:51 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat memasukkan janji pilihan raya untuk menurunkan harga petrol dan menghapuskan tol dalam belanjawan alternatif mereka.

NONE Chua ( kiri ) menyindir, "belanjawan terbaik dan belanjawan yang dirangka untuk rakyat itu" tetap gagal memasukkan janji-janji mereka sebelum ini.

"Bagaimanapun, pengumuman penting itu tidak dimasukkan dalam belanjawan 2013 mereka. Kalau begitu, bagaimana harga petrol akan turun? Bagaimana pengiraannya?

"Bukan itu sahaja, mereka juga berjanji untuk menghapuskan tol jika Pakatan berkuasa. Tetapi perkara ini juga tidak disebut dalam belanjawan mereka," kata Chua dalam kenyataannya semalam.

Belanjawan alternatif Pakatan yang dikeluarkan awal bulan lalu bagaimanapun memasukkan rancangan menamatkan konsesi lebih raya terpilih membabitkan kos sebanyak RM6 bilion.

[Baca berita penuh]

ADS