Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jasmin Hamid dibenar pulang
Diterbitkan:  Jun 5, 2022 12:39 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Pelakon Jasmin Hamid dibenarkan keluar hospital semalam selepas menjalani rawatan akibat serangan jantung baru-baru ini.

Jasmin berkata kesihatannya bertambah baik serta bersyukur terhadap orang ramai yang mendoakan kesihatannya.

“Allah maha baik. Syukur Alhamdulillah. Suami dan anak-anak jemput saya balik rumah. Dengan izin Allah, dan berkat doa, suami, anak-anak, adik beradik, mertua, keluarga, sanak saudara, kenalan dan kalian semua saya semakin sihat.

“(Saya) dibenarkan keluar dari hospital petang ini (semalam) kerana serangan jantung buat pertama kali,” katanya di Instagram.

Terdahulu, suami Jasmin, Nazmir Abd Rahim, 36, memaklumkan dia dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, selepas mengalami serangan jantung.

Menurut Nazmir, keluarga isterinya memang ada sejarah masalah jantung dan dia perlu diberikan bantuan ubat setelah tekanan darah dan degupan jantung agak rendah.

Jasmin, 48, pada masa sama mengakui dia terharu dengan layanan doktor serta jururawat sepanjang dirawat di hospital.

“Tiada kata selain terima kasih banyak kepada doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus merawat saya hingga kembali sihat.

"Terima kasih juga kepada semua yang sempat ziarah saya di hospital.

“Pada semua yang sayang saya sebab tak henti bertanyakan khabar dan mendoakan kesihatan saya kembali pulih,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS