Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ezlynn dakwa dirompak suami
Diterbitkan:  Oct 16, 2017 2:09 PM
Dikemaskini: Oct 17, 2017 1:09 AM

Penyanyi Ezlynn mendakwa dirompak oleh suami yang sudah tidak tinggal sebumbung. Katanya sewaktu, pulang ke rumah, dia mendapati rumahnya tidak lagi dipagari dan barang-barangnya hilang.

Pelakon itu turut meluahkan perasaan sesal selain menyifatkan Adam Fahmy Shamsuddin sebagai seorang lelaki jahat dan tidak berguna

Ezlynn yang seolah-olah tidak mampu membendung perasaannya yang meluap-luap itu turut mendedahkan dia terpaksa menanggung beban hutang yang selama ini dilakukan suami.

“Saya pulang ke rumah untuk ini? Rumah saya sudah tiada pagar lagi… apa yang terjadi kepada pagar? Barang hilang lagi…kena rompak aku kerja hari-hari penat cari duit kau ambil semua duit aku.

“Sekarang barang-barang semua kau amik rosakkan rumah...kau buat hutang aku tanggung semua...aku diam kau naik kepala kau memang jahat! Suami tak guna...kawan tak guna pengurus tak guna menyesal aku kenal kau seumur hidup aku...” tulis Ezlynn menerusi Instagram.

Pada status dimuat naik, atau nama sebenarnya Azline Ariffin turut menyertakan gambar hadapan dan keadaan rumahnya yang sudah tiada pagar.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu “Hi Hi Bye Bye” itu, Adam seorang lelaki yang tidak mahu berusaha mencari pendapatan sendiri selain gemar bergoyang kaki.

“Hutang tak mahu bayar, asyik bercuti je...kerja tak mahu…,” katanya yang berasal dari Ulu Kinta, Perak.

Disebabkan kerap mengalami kejadian seumpama itu, Ezlynn berkata dia tidak akan menghalalkan wang yang dicuri oleh Adam.

“Ya Allah perdengarkanlah hati aku ini Ya Allah...dengarkan doaku ya Allah...tidak halal kan setitik pun keringat aku yang sesen duit kau ambil..kau adalah manusia paling jahat yang pernah aku kenal,” katanya.

Kisah Ezlynn yang tiba-tiba memfailkan perrmohonan cerai terhadap suami mengundang perhatian umum pada 20 April lalu.

Dia memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap suami mengikut Sekyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh untuk sebutan semula.

Ezlynn dan Adam diijabkabulkan pada 20 November 2011 tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Lihat Komen
ADS