Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
PN: Jalan di kawasan pedalaman Bukit Naning perlu dinaik taraf untuk tingkatkan ekonomi
Diterbitkan:  Mar 10, 2022 4:42 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Ikrar Perikatan Nasional Demi Bangsa Johor bagi menghadapi pilihan raya negeri yang ditawarkan merupakan satu komitmen yang praktikal bahawa kerajaan negeri yang bakal dibentuk nanti adalah sebuah kerajaan yang berintegriti, cekap dan prihatin rakyat.

Tunjang keenam Ikrar Perikatan Nasional memfokuskan kepada kecekapan infrastruktur. Terdapat 3 strategi yang telah dibentangkan dalam ikrar tersebut iaitu memperkukuh kecekapan infrastruktur, memperluas bekalan elektrik dan air bersih dan meningkatkan akses liputan perkhidmatan telekomunikasi dan internet.

Menaik taraf infrastruktur jalan di kawasan pedalaman

HJ. Mahadzir bin HJ Abu Said calon Perikatan Nasional berkata kebanyakan kawasan perumahan di Bukit Naning terdiri daripada kampung-kampung tradisional.  Struktur muka bumi di kawasan ini juga diliputi oleh tanah gambut iaitu tanah lembut.

“Oleh itu fokus saya adalah terhadap pembangunan asas seperti pembinaan jalan raya, jalan-jalan kampung, lorong dalam kebun dan jambatan. Kebanyakan kebun-kebun di sini berlingkungan 3-4 hektar yang diusahakan oleh penduduk di sini. Jika kawasan kebun tidak mempunyai struktur jalan yang efektif, hasil tanaman daripada kebun terutamanya yang terletak terlalu jauh dari jalan utama, tidak dapat dibawa keluar dan ini akan mengakibatkan pembaziran,” katanya.

Kebanyakan tanah gambut di sini digunakan untuk menanam nanas dan kelapa sawit. Tanaman nanas akan mengambil 9 bulan untuk berbuah manakala kelapa sawit akan mengambil 3 tahun untuk berbuah, oleh itu, nanas dijadikan sebagai tanaman kontan untuk mengisi kekosongan sementara menunggu tanaman kelapa sawit membesar di Bukit Naning.

Mencipta perusahaan hiliran: Kilang jem nanas

Beliau berkata bahawa, walaupun kawasan ini mempunyai banyak pengeluar nanas, mereka tidak mempunyai satu perusahaan hiliran untuk produk-produk nanas, jadi beliau mencadangkan untuk membuat satu kilang membuat jem nanas.

“Apabila terdapat kilang pemprosesan jem nanas, masalah lambakan nanas tidak akan berlaku. Dengan cuaca yang tidak menentu, ini akan menyebabkan sebahagian daripada tanaman peladang mengalami kerosakan dan tidak dapat dijual. Dengan kilang jem nanas, usaha mengeksport ke negeri-negeri lain melalui pemasaran digital juga dapat diusahakan.

Tanah gambut juga amat mudah terbakar dan diserang oleh haiwan. Setiap kebun nanas terpaksa diletakkan pagar elektrik untuk mengelakkan haiwan perosak datang. Oleh itu, pihak daripada Jabatan Perhilitan perlu membuat lebih banyak operasi dalam menangkap haiwan liar yang merupakan musuh tunjang kepada para petani di sini.

Nasikin, 68, berkata berdasarkan pengalamannya selama 44 tahun dalam mengusahakan kebun nanas, masalah utama yang dihadapi oleh peladang nanas di kawasan perkampungan di sini, adalah struktur jalan. Sejak 2014, beliau telah meminta kerajaan untuk membina dan memperbesarkan jalan pedalaman untuk laluan mengangkut hasil buah nanas. Kutipan hasil tanaman nanas juga amat banyak dan jika jalan tidak diperbaiki, peladang akan mengalami kesusahan dan akan mengambil masa yang lama untuk mengangkut hasil tanaman.

“Kedua-dua anak saya juga akan membantu untuk mempelbagaikan produk nanas dengan menghasilkan jus yang tulen dan jem tanpa pengawet untuk dijual kepada orang ramai menerusi talian," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata jika kawasan Bukit Naning mempunyai kilang untuk memproseskan hasil tanaman nanas, banyak tanaman akan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Beliau juga berkata semasa zaman pandemik, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah memberi insentif berbentuk input seperti baja untuk meringankan beban peladang di sini.

Industri perabot terbesar di Malaysia

“Di DUN Naning kita juga mempunyai industri perabot yang terbesar. Sebagai pengerusi  Furniture Industry Technology Center (FITECH), saya mendapati salah satu kekangan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha perabot adalah kekurangan tenaga buruh. Kebanyakan orang tempatan tidak berminat menjadi tenaga pekerja dalam sektor kerana kerja ini selalu dikelilingi habuk, merupakan kerja yang berat dan mendapat gaji yang tidak begitu tinggi,” kata HJ. Mahadzir.

Baru-baru ini, saya telah berbincang dengan pengusaha-pengusaha perabot bersama Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin untuk membantu menyelesaikan masalah tenaga buruh yang berlarutan sejak zaman pandemik. Bukan sahaja sektor perabotan yang mengalami kekurangan tenaga kerja, malah sektor persemaian dan perkilangan biskut juga berhadapan masalah sama.

Datuk Wee Chong Yan, 66, pengusaha perabot berkata 80%-90% perabot di negara kita adalah untuk pengeksport ke luar negara termasuk ke pasaran US dan Eropah, dan persaingan utama negara kita adalah Vietnam. Jadi jika masalah tenaga kerja tidak dapat diselesaikan, maka ada kemungkinan usahawan-usahawan perabot sini akan memindah kilang mereka ke negara Vietnam 

“Kami amat berterima kasih kepada calon PN DUN Bukit Naning, Mahadzir bin Hj Abu Said kerana beliau telah mengaturkan satu perjumpaan Menteri Dalam Negeri bagi mempercepatkan permohonan pekerja asing”

“Semasa MCO, 2 tahun yang lepas, kami, pengusaha kilang perabot di sini ada menerima bantuan daripada kerajaan PN, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, iaitu sebanyak RM600 subsidi bagi setiap perkerja, ini telah banyak membantu kami menanggung kos gaji pekerja di kilang,” katanya.

Dibawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak 8 pakej rangsang ekonomi bernilai RM500 bilion telah diumumkan. Antara insentif yang diumumkan adalah Program Subsidi Upah yang bernilai lebih RM20 bilion kepada 350 ribu majikan. Program ini telah berjaya mengekalkan penggajian 2,953,741 pekerja tempatan.

Menggalakan golongan belia memasuki industri pertanian dan perabot

“Kebanyakan anak-anak muda di sini akan berhijrah ke bandar untuk meluaskan kerjaya mereka dan sebahagian daripada mereka yang berminat dalam sektor pertanian dan perabot akan mencari kerjaya lain jika pendapatan yang didapati setaraf dengan gaji pekerja orang asing. Oleh itu, saya sarankan kerjaan untuk membuat dua tangga gaji yang berbeza antara rakyat tempatan dan pekerja orang asing,”ujarnya.

Pembinaan lebih banyak pusat untuk orang-orang muda juga perlu difokuskan seperti peruntukkan untuk membaik pulih gelanggang aktiviti sukan dan projek-projek baru untuk pembangunan sosial mereka. Beliau juga telah melancarkan pelbagai program untuk golongan belia seperti melancarkan “Mobile Legend tournament (e-sport)” untuk golongan muda dan pertandingan memancing.

Meningkatkan akses liputan perkhidmatan internet

Struktur Bukit Naning terbahagi kepada 30 peratus pekan dan 70 peratus kampung dan kebanyakan tempat ini hanya mempunyai jaringan Streamyx. Oleh itu, jika kerajaan meletakkan lebih banyak jaringan Unifi di sini, ini akan membantu penduduk menikmati akses internet yang lebih laju.

Dengan adanya pendaftaran pemilih automatik, pemilih yang layak tidak perlu lagi mendaftar sebagai pemilih tetapi sebaliknya hanya perlu melakukan semakan pemilih melalui portal https://mysprsemak.spr.gov.my/ untuk menyemak status kawasan lokaliti tempat pengundian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS