Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Kafa terima syarat, Vida dilantik penasihat kehormat

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima syarat Qu Puteh dalam proses penajaan syarikat produk kecantikan itu terhadap pasukan The Red Warrior (TRW).

Bagaimanapun, perincian wajib hanya akan dijelaskan dalam sidang media selepas ini.

"Kita setuju dengan syarat yang dikemukakan, tetapi perinciannya kita akan jelaskan dalam sidang media ‎pada 15 Januari nanti,” kata Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa.

Annuar turut mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza sebagai penasihat kehormat Kafa.

Hasmiza sebelum ini meletakkan syarat Kelantan harus mewarnakan stadiumnya di Kota Baharu dengan warna merah jambu dan menukar nama rasmi pasukan kepada Pamoga The Red Warrior.

Perkara itu disahkan Annuar selepas perbincangan antara beliau Hasmiza petang tadi di pejabat Yayasan Pelajaran Mara, Kuala Lumpur itu.

Annuar juga berkata ‎beliau kagum dengan minat Hasmiza yang begitu mendalam terhadap pasukan bola sepak Kelantan.

"Saya terkejut kerana beliau ‎menunjukkan minat yang mendalam dengan bernas idea yang menarik untuk TRW,” katanya.

Sementara itu Hasmiza berkata beliau terkejut dengan pelantikannya sebagai penasihat kehormat Kafa.

"Alhamdulillah, walaupun saya terkejut sebab tak pernah terfikir pun untuk dilantik sebagai penasihat kehormat Kafa.

"Sebenarnya dua syarat utama yang saya kemukakan sebelum ini bukan sekadar gimik dan mahu mencari publisiti murahan," katanya.

Jutawan kosmestik itu berkata, beliau optimis untuk membuat anjakan kepada pasukan Kelantan khususnya dan Malaysia amnya perlu menyambut baik usahanya.

Sementara itu, Hasmiza yang hadir ke yayasan itu kira-kira jam 5 petang tadi kelihatan agak terkejut dengan kehadiran ramai petugas media.

"Wah ramainya," katanya.

Dr Vida berbaju hitam dan mengenakan tudung berwarna biru sempat membuat "trade mark‎" Qu Puteh kepada lensa kamera.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS