Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Apabila keluar dari rumah selepas Zohor semalam untuk bertemu Rosli dan kawan-kawan lain yang berjanji hendak pergi bersama ke perhimpunan Bersih, hati saya menaruh dua kebimbangan.

Pertama, bimbang tidak ramai hadir, akibat gertak Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan ugutan pihak Ketua Polis Negara.

Kedua, berikutan gertakan dan ugutan itu, bimbang pihak berkuasa akan bertindak ganas ke atas peserta perhimpunan. Seorang teman lama mengingatkan saya supaya hati-hati jaga keselamatan.

Kami kurang pasti ke mana hendak dituju. Akhirnya kami memilih untuk ke Masjid Jamek, sebab itu paling dekat dengan Dataran Merdeka, pusat pertemuan yang asal. Kami menaiki LRT dan turun di stesyen Pasar Seni kerana diberitahu Lat dan Hasrul bahawa polis sudah berkawal ketat di stesyen Masjid Jamek.

Dari sana kami terus menuju destinasi dengan melintasi bangunan Pasar Seni. Di merata tempat kami lihat sudah banyak kumpulan polis yang berjaga. Kami berjalan terus tanpa gangguan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS