Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penghuni wanita Kolej Kediaman Kelapan Universiti Malaya (UM) kini diselubungi kebimbangan ekoran beberapa kejadian jenayah yang berlaku di situ sejak hujung tahun lalu.

Ia termasuk kes cubaan mencabul dan yang terbaru Rabu lalu di mana seorang lelaki menceroboh bilik seorang pelajar wanita serta mengugutnya dengan pisau sebelum merompak barang kemasnya.

university malaya student representative PC threaten to student 060309 08 Berikutan itu, Pengerusi Biro Penginapan Kolej Kediaman dan Luar Kampus, Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM), Mohd Fadzil Jamal berkata pelajar berkenaan kini dalam keadaan trauma.

Manakala penghuni lain, katanya, kini dalam ketakutan dan bimbangkan keselamatan mereka.

Mohd Fadzil berkata, perkara tersebut telahpun dilaporkan kepada pihak keselamatan kolej kediaman tersebut dan pihak keselamatan universiti, tetapi mendakwa tiada tindakan sewajarnya diambil.

Menurutnya, kes lelaki menceroboh bilik penghuni wanita itu Rabu lalu, berlaku pada kira-kira jam 3 pagi sewaktu mangsa tidur di biliknya.

university malaya student representative PC threaten UM student mohd fadzil jamal  060309 05 Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama dan identiti mangsa terbabit.

Buat laporan polis

"Dia sekarang trauma dan sedang bercuti di kampung," kata Mohd Fadzil dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak polis dan pihak keselamatan Universiti pada hari yang sama.

Mohd Fadzil berkata, empat kejadian jenayah berlaku di kolej tersebut sejak hujung tahun lalu, termasuk dua kes kecurian.

Beliau mendakwa kebajikan mahasiswi sangat kurang diberi perhatian manakala sesetengah aduan mereka dipandang remeh.

Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita MPPUM, Maryam Muneerah Ahmad pula kesal dengan tindakan dua penyelia lelaki di kolej kediaman keempat UM yang didakwanya melakukan pemeriksaan mengejut di bilik kediaman mahasiswi pada awal pagi.

"Saya berasa pelik, kenapa pemeriksaan mengejut dilakukan pada jam 2, 3 pagi?" soal Maryam Muneerah sambil menjelaskan kejadian tersebut berlaku pada bulan lalu.

Difahamkam, pemeriksaan mengejut itu dilakukan untuk mengesan sekiranya ada mahasiswi membawa barangan yang dilarang seperti barangan elektronik.

university malaya student representative PC threaten to student 060309 05 Maryam Muneerah kesal kerana penyelia berkenaan melakukan pemeriksaan tanpa ditemani penyelia wanita, sedangkan mereka masuk ke bilik mahasiswi.

Reaksi TNC

Menurutnya, seramai empat penyelia - dua lelaki dan dua wanita - melakukan pemeriksaan mengejut tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mereka melakukan pemeriksaaan itu secara berasingan mengikut tingkat bangunan.

Maryam Muneerah berkata, walaupun penyelia lelaki tersebut mengetuk pintu tetapi ada sesetengah mahasiswi tidak sempat bersiap untuk menutup aurat, terutama bagi pelajar Islam yang sedang tidur.

"Kami terkejut. Ada mahasiswi yang sempat untuk menutup aurat sepenuhnya, dan ada yang tak sempat," katanya.

university malaya student representative PC threaten UM student maryam muneerah ahmad 060309 04 Bagaimanapun Maryam Muneerah enggan mendedahkan identiti penyelia tersebut.

Sehubungan itu, Maryam Muneerah berkata, beliau yang juga penghuni kolej tersebut, telah membuat aduan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris.

Maklum balas yang diterimanya berhubung aduan tersebut, katanya, masih dalam penelitian pihak universiti.

Prosedur periksa bilik

Sehubungan itu, kata Maryam, pihaknya berharap pihak kolej dan universiti mengambil berat terhadap keselamatan mereka.

Sementara itu, Dr Azarae ketika dihubungi Malaysiakini menjelaskan beliau belum menerima sebarang aduan mengenai kejadian jenayah yang didakwa berlaku di Kolej Kelapan.

Beliau berkata, mengikut prosedurnya, aduan dibuat kepada pengarah keselamatan UM yang bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan pelajar.

um hep tnc azarae idris Bagaimanapun, Dr Azarae memberi jaminan beliau akan memantau dan menangani masalah yang dihadapi pelajar terbabit.

Mengenai dakwaaan penyelia lelaki memeriksa bilik pelajar wanita di Kolej Keempat, Dr Azarae berkata, beliau telah menerima laporan mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata, mengikut prosedurnya, penyelia lelaki akan ditemani penyelia wanita ketika membuat pemeriksaan di kolej kediaman mahasiswi.

Katanya, penyelia akan mengetuk pintu bilik dan selepas 15 minit barulah mereka boleh masuk, selepas penghuninya sudah bersedia.

"Penyelia wanita yang akan masuk dahulu, dan diikuti oleh penyelia lelaki," tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS