Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga Kugan seret Hospital Serdang ke polis
Diterbitkan:  Mar 6, 2009 2:48 PM
Dikemaskini: 9:04 AM

Keluarga A Kugan, yang mati dalam tahanan polis, hari ini membuat laporan polis berhubung lapan perbezaan terang-terangan antara keputusan bedah siasat pertama dengan kedua.

a kugan police assaulted indian youth pj ipd report 060309 07 Ditemani peguam N Surendran, beberapa ahli keluarga mendiang membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 11 pagi terhadap pengarah dan doktor patologi Hospital Serdang yang mengeluarkan keputusan bedah siasat awal.

Turut hadir ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam dan ahli parlimen DAP Teluk Intan, M Manogaran.

Laporan bedah siasat kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati mendiang mati akibat kecederaan dalaman setelah dibelasah dengan teruk sewaktu ditahan di balai polis Taipan, Subang Jaya.

a kugan police assaulted indian youth pj ipd report 060309 m indra Kugan direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan kes kecurian kereta mewah.

Bedah siasat ulangan dibuat susulan rasa tidak puas hati keluarga Kugan terhadap hasil bedah siasat Hospital Serdang pada 21 Januari lalu yang mendapati punca kematiannya akibat paru-paru berair.

Bedah siasat itu juga mendapati pakar patologi pertama hanya menyenaraikan 22 kesan kecederaan pada mayat.

Bedah siasat kedua di PPUM bagaimanapun mendapati hampir 40 lagi kecederaan, kesan bakar dan calar.

Ia memutuskan, kematian pemuda 22 tahun itu akibat kegagalan buah pinggang selepas aliran darah tersekat.

Baca cerita penuh

>>> Laporan bedah siasat pertama (lima halaman)

>>> Laporan bedah siasat kedua (12 halaman)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS