Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
P'raya kecil Batang Ai 7 April
Diterbitkan:  Mar 4, 2009 12:16 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

dikemaskini Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Perak dan Kedah pada 7 April ini.

abdul aziz yusof ec spr chairman election Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh tersebut untuk kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Dalam pengumuman Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching hari ini, tarikh penamaan calon juga ditetap bersama dengan dua pilihanraya kecil di Semenanjung itu, 29 Mac.

Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

Menurut Bernama , Abdul Aziz berkata notis writ bagi pilihanraya kecil Batang Ai akan dikeluarkan Jumaat ini.

"Setelah menimbangkan beberapa faktor, sesuai untuk diadakan (pilihan raya kecil) serentak kerana tidak ingin tempoh berkempen yang terlalu panjang," beliau dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat SPR lebih dua jam.

Sebanyak RM400,000 diluluskan bagi pilihanraya kecil itu dengan 24 buah pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan premis kerajaan.

Kerusi DUN Batang Ai mempunyai 8,006 pemilih berdaftar, termasuk 7,963 pemilih biasa dan 43 pengundi pos.

Seramai 201 petugas dikenal pasti untuk menjalankan tugas pada pilihanraya kecil itu.

SPR juga akan menubuhkan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya yang bertanggungjawab memantau pemasangan bahan kempen dan aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz berkata SPR memberi kebenaran kepada NGO pemantau Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel) sebagai pemerhati pada pilihanraya itu.

Pada pilihanraya negeri 2006, Dublin memenangi kawasan itu yang bermajoriti Iban dengan menewaskan calon Parti Nasional Sarawak (SNAP) Nicholas Bawin Anggat dengan majoriti 806 undi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS