Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sidang tergempar DUN di bawah pokok
Diterbitkan:  Mar 3, 2009 9:00 AM
Dikemaskini: Mar 4, 2009 6:17 AM

Dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh, Ridwan Ibrahim memberitahu peguam Speaker DUN V Sivakumar bahawa mereka tidak boleh mewakilinya dan sepatutnya diwakili oleh penasihat undang-undang negeri.

Di bawah rentetan peristiwa yang berlaku hari ini :

4.56pm Pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh membuat keputusan memihak kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir - melarang persidangan DUN pada masa depan, tanpa sebarang tarikh akhir.

11.20am Barisan peguam Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan sidang media di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Mereka memaklumkan satu permohonan injunksi difailkan jam 8.30 pagi tadi bagi menghalang sebarang persidangan DUN yang tidak sah seperti dirancang Pakatan Rakyat.

Permohonan itu akan didengar jam 2.30 petang ini. Peguam-peguam itu berkata, Speaker harus diwakili oleh penasihat undang-undang negeri Perak.

perak state govt crisis suk building rain tree assembly 030309 02 10.57am: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin juga menggesa rakyat supaya bertenang dan mematuhi undang-undang.

Beliau meminta mereka tidak mengikut tindak tanduk golongan yang didakwanya menghalangnya dan wakil rakyat Pakatan yang lain daripada memasuki DUN awal pagi ini.

10.53am: Pengerusi DAP Perak dan exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham juga berkata Speaker akan mengambil tindakan menghina dewan terhadap polis dan setiausaha kerajaan negeri.

10.50am: Ngeh berkata, hari ini adalah hari yang paling sedih dan menuju ke arah sebuah negara polis.

10.49am Nizar berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini.

Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut peraturan.

perak state govt crisis suk building rain tree assembly 030309 01 10.46am Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian setelah mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

10.35am Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili Sivakumar.

perak state govt crisis 030309 tommy thomas Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Speaker. Peguam itu berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.

10.30am Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.

10.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

perak state govt crisis state adun assemble under the rain tree 030309 10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.

10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk Nizar hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi.

Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.

perak state govt crisis suk building rain tree assembly 030309 04 10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas. Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan.

Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

9.45am Ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk.

bm version perak state assembly building 030209 Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.

Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.

9.35am Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama.

Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.

9.30am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyat Pakatan tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

9.21am Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke DUN melalui pintu tersebut.

9.20am Orang ramai daripada pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.

9.15am Wakil-wakil rakyat Pakatan, yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.

perak state govt crisis 030309 lawyers 9.10am Peguam kedua-dua belah pihak berada di bangunan mahkamah.

9.00am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.

8.50am Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Tiada sebarang tanda akan berlaku kejadian tidak diingini.

8.30am Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya.

Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.

8.15am Pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan itu.

zambry file suit 020309 fru Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan.

Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air kelihatan di situ.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun di bangunan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri menjelang jam 10 pagi sebelum masuk ke DUN yang terletak di tingkat dua bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar.

Sementara itu, saman Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang difailkan terhadap Speaker semalam dijangka didengar jam 9 pagi ini di Mahkamah Tinggi Ipoh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS