Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nizar tetap enggan serah kereta MB
Diterbitkan:  Feb 27, 2009 2:53 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, selepas hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu.

Menteri besar Pakatan Rakyat itu bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.

Pegawai khasnya Amran Harun berkata Mohammad Nizar enggan menyerahkan kenderaan itu sebagai simbol beliau tidak melepaskan jawatan tersebut sehingga proses mahkamahnya selesai.

Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh Amran kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

Amran menambah, Mohammad Nizar menggunakan kereta rasminya itu untuk bergerak ke majlis-majlis penerangan tentang krisis peralihan kuasa di Perak sejak tiga minggu lepas kerana mereka tidak mendapat maklumat yang jelas.

Mohammad Nizar ingin mahkamah membatalkan kesahan pelantikan menteri besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak Mac tahun lepas.

ADS