Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas pengarah pilihanraya PKR Merbok, Zamil Ibrahim mendakwa peluang Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau adalah cerah kerana wujud percakaran dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Zamil - yang merupakan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah - beliau akan mendedahkannya dalam beberapa hari lagi.

"Pakatan Rakyat 'okay' di atas pentas dan di dalam mesyuarat sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

bm version bukit selambau state seat 090209 Zamil merupakan pengarah pilihanraya bagi calon bebas Bukit Selambau, V Arumugam dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Arumugam yang memenangi kerusi tersebut, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai exco kerajaan Kedah.

Bagaimanapun, Arumugam meletakkan kedua-dua jawatan tersebut awal bulan ini.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 29 Mac sebagai hari penamaan calon dan 9 April sebagai hari mengundi.

"BN akan menang jika boleh meletakkan calon yang sesuai di Bukit Selambau," katanya.

Zamil juga mendakwa, ada pihak yang menghubunginya supaya mencari penaja untuk calon bebas bertanding.

Bagaimanapun, katanya, beliau belum memberikan jawapan mengenai perkara tersebut.

"Tunggulah, saya hendak fikir dulu," kata Zamil yang telah meninggalkan PKR dan menyertai Umno September lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS