Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker Kedah pertahan Sivakumar
Diterbitkan:  Feb 19, 2009 5:02 PM
Dikemaskini: 9:51 AM

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata rakan sejawatannya di Perak, V Sivakumar, berhak untuk menggantung serta melarang menteri besar Perak dan enam exco kerajaan negeri itu daripada menghadiri sidang dewan sekiranya mereka melanggar peraturan dewan.

Dr Abdul Isa Ismail "Yang paling berkuasa dalam konteks peraturan dewan adalah kita (Speaker) dan dia (Sivakumar) boleh mengambil apa-apa tindakan yang sesuai," katanya, lapor Bernama.

Beliau memberitahu demikian di Alor Star hari ini ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar menggantung Zambry dan enam anggota exco itu antara 12 bulan dan 18 bulan berkuat kuasa serta-merta.

Ketika ditanya mengenai kesan akibat tindakan Sivakumar itu, Abdul Isa berkata pelbagai perkara boleh berlaku kerana bilangan wakil rakyat dari Barisan

Nasional dalam DUN Perak akan berkurangan dalam tempoh penggantungan itu.

"Jika pada masa itu, ada satu usul ingin dibentangkan untuk diundi, maka keputusan akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan daripada situ macam-macam implikasi lain mungkin timbul," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS