Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB akan menghadap Sultan S'gor
Diterbitkan:  Feb 17, 2009 2:56 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tawaran Elizabeth Wong untuk meletakkan jawatan exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Saya akan menghadap baginda Sultan Selangor untuk memberi taklimat kepada baginda mengenai isu tersebut dan untuk mendapatkan nasihat baginda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

khalid ibrahim low siew moi othman omar new pkns selangor chief khalid ibrahim pc 231208 02 Menteri besar berkata, beliau telah menerima surat dari Elizabeth yang menawar untuk meletak jawatan sebagai ahli exco negeri dan Adun Bukit Lanjan.

Apa yang berlaku, tegas Khalid, adalah sesuatu yang amat malang kerana Elizabeth merupakan seorang ahli exco yang boleh dijadikan teladan.

"Seperti yang saya nyatakan semalam, sejak 11 bulan lalu, beliau telah bekerja kuat dalam menjalankan tugas-tugasnya," katanya.

Menurut Khalid, berikutan keadaan yang mencabar dan tekanan yang sedang dilaluinya sekarang, maka beliau telah menasihatkan Elizabeth supaya berihat.

Kelmarin, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu. Selain foto, difahamkan satu klip video juga turut disebarkan.

Beliau adalah exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

elizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 06 Hari ini, Elizabeth menawarkan untuk melepaskan jawatan exco negeri dan Adun Bukit Lanjan.

Khalid turut mengecam mereka yang melakukan perbuatan menyebarkan foto tersebut bagi mencemarkan nama dan integriti Elizabeth.

"Saya yakin, rakyat Malaysia dan rakyat Selangor akan menolak sebarang taktik yang memalukan itu, dan akan bersama saya mengecam mereka yang bertanggungjawab melakukannya," tambah beliau.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS