Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM terperangkap dalam lif
Diterbitkan:  Feb 12, 2009 5:16 PM
Dikemaskini: 9:19 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

abdullah ahmad badawi pak lah parliament pc 101208 02 Turut terperangkap bersama beliau di dalam lif tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Ismail Adam.

Ekoran itu, Abdullah terpaksa membatalkan sidang akhbarnya yang dijadual diadakan selepas beliau merasmikan majlis pelancaran sambutan Jubli Perkhidmatan Awam (JPA) di pusat tersebut.

Insiden tersebut juga menyebabkan majlis pelancaran itu turut tertangguh.

Menurut sumber, majlis tersebut sepatutnya bermula jam 10.30 pagi tetapi telah tertangguh sehingga jam 11 pagi.

Menurutnya, beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejar ke pusat untuk membawa keluar kesemua mereka yang terperangkap dalam lif tersebut.

"Datuk Seri Abdullah kelihatan tenang sahaja, malah beliau sempat tersenyum kepada ke arah orang ramai yang berada di luar lif tersebut," katanya.

Bagaimanapun, katanya, Abdullah kelihatan terbatuk-batuk ketika menyampai ucapannya di majlis tersebut.

Sementara itu, difahamkan seorang pembantu perdana menteri telah meminta wakil-wakil media supaya tidak melapor atau menyiarkan gambar insiden tersebut.

Sumber itu berkata ketua pengarah JPA, dalam ucapannya, memohon maaf kepada Abdullah berhubung insiden terperangkap dalam lif tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS