Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zambry mahu pulih kepercayaan rakyat
Diterbitkan:  Feb 12, 2009 11:04 AM
Dikemaskini: 7:47 AM

Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam pilihanraya umum tahun lalu akan dijadikan sebagai suatu

pengajaran dalam usaha memantapkan kestabilan politik di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan barisan exco yang berpengalaman dilihat sebagai langkah pertama memulihkan keadaan politik selain memastikan agenda pembangunan ekonomi di negeri itu dilaksanakan dengan sebaiknya.

"Di sebaliknya (kekalahan BN negeri pada pilihanraya umum), BN akan melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan...kerajaan BN adalah kerajaan yang berpengalaman dalam melakukan perubahan demi kemajuan sesebuah institusi rakyat," katanya semasa ditemuramah oleh Dr Asraf Wajdi Datuk Dusuki dalam program Dialog@1 yang disiarkan di RTM1, malam tadi, lapor Bernama.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209 Beliau berkata, akhirnya nanti, hanya rakyat sendiri yang berhak membuat penilaian kerajaan mana yang lebih baik dan prihatin untuk menjaga kepentingan mereka.

Katanya, walaupun wujud kepincangan dalam sesebuah kerajaan namun ia akan diperbetulkan demi kesejahteraan dan keamanan rakyat dan kerajaan BN negeri kini bersedia untuk membetulkan keadaan.

Selain itu, Zambry berkata BN Perak akan meneruskan usaha membangunkan negeri itu bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap BN di dalam situasi ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

Katanya, antara usaha itu ialah dengan mewujudkan 'institusi rakyat', iaitu dengan melaksanakan dasar-dasar yang perlu demi kepentingan rakyat.

"Dari dulu sampai sekarang, dasar yang penting bagi kita adalah dasar rakyat, begitu apa yang dilakukan BN selama ini, apa saja dasar yang bawa kebaikan untuk rakyat, sebahagiannya telah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, dengan langkah itu, BN yakin ia mampu mempertahankan perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan di negeri itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS