Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lima pemimpin Hindraf kekal ditahan ISA
Diterbitkan:  Feb 11, 2009 6:47 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Lima pemimpin Hindraf yang ditahan pada 13 Disember 2007 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akan kekal di pusat tahanan Kamunting, Perak selepas Mahkamah Persekutuan menolak usul untuk menyemak keputusan panel terdahulu yang menolak permohonan habeas corpus mereka.

Mereka ditahan selepas terbabit dalam demonstrasi di Kuala Lumpur pada 25 November dan membuat kenyataan berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman yang mengetuai panel tiga orang hakim berkata, keputusan menolak usul tersebut dibuat sebulat suara.

Dua lagi hakim yang mendengar permohonan tersebut ialah Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Lima pemimpin Hindraf tersebut ialah peguam M. Manoharan, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46, V Ganabatirau, 40, R Kenghadharan, 40, dan bekas pegawai bank, K Vasantha Kumar, 36.

Nik Hashim berkata keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini adalah berdasarkan dua kes Mohamad Ezam Mohd Nor dan Tan Sri Raja Khalid.

"Sama ada keputusan itu betul atau salah...ia bukan untuk mahkamah ini menentukan. Jika kita melakukan percubaan untuk berbuat demikian maka ia akan mendorong kepada satu lagi rayuan dan kami tidak bersedia untuk melakukannya.

"Oleh itu, kami menolak usul tersebut untuk semakan," katanya.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS