Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Itu pandangan peribadi Karpal
Diterbitkan:  Feb 8, 2009 10:12 PM
Dikemaskini: Feb 10, 2009 4:20 AM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata desakan pengerusi DAP Karpal Singh supaya beliau berhenti memimpin Pakatan adalah satu pandangan peribadi dan tidak mencerminkan pendirian rasmi parti berkenaan.

Ketua umum PKR itu berkata, Karpal kecewa dengan beliau kerana tidak bersetuju dengan peguam kanan tersebut untuk menyaman Sultan Perak berhubung pertukaran kerajaan di Perak.

Bercakap kepada pemberita di selepas menghadiri satu perhimpunan Pakatan Rakyat di Ipoh malam ini, Anwar berkata pandangan mereka berbeza berhubung saman terhadap Sulatan serta menambah "apa yang dikatakan oleh Karpal adalah pandangan peribadinya".

Beliau juga menolak dakwaan Karpal bahawa beliau menjadi punca ketegangan dalam Pakatan kerana menggesa ahli-ahli Parlimen BN supaya melompat parti menyertai Pakatan.

Anwar berkata beliau telah berbincang dengan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang berhubung kenyataan Karpal tersebut.

Katanya, beliau juga akan bercakap dengan Karpal dan mesyuarat Pakatan akan diadakan hari ini untuk membincangkan perkara itu.

Sebelum itu, Karpal telah mendesak Anwar meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut.

Pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat.

Baca berita penuh

ADS