HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Pak Lah: Perubahan dalam Umno selepas pemilihan parti
Jan 24, 09 3:54pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Umno akan melakukan perubahan dan pembaharuan untuk memperkasakan parti selepas ia diterajui kepimpinan baru berikutan pemilihan Umno Mac ini.

Presiden Umno itu berkata parti akan mengambil langkah-langkah yang menepati kehendak ahlinya untuk muncul sebagai parti politik yang lebih berwibawa dan dapat memberi khidmat kepada rakyat selaras dengan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata Umno telah mengumpulkan semua cadangan berhubung langkah pembaharuan yang perlu diambil melalui penganjuran "permukiman" Umno dan beberapa sesi perbincangan yang telah diadakan, lapor Bernama.

"Tetapi kami membuat keputusan bahawa oleh sebab pemilihan parti dah nak berlangsung, maka teruskanlah dengan pemilihan parti itu dulu dan kemudian kita boleh buat perubahan-perubahan yang dikehendaki dengan barisan kepimpinan yang baru," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi dua hari beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di Dubai semalam.

Beberapa pihak dalam parti tunggak Barisan Nasional (BN) itu dilapor telah melahirkan harapan untuk melihat Umno melaksanakan perubahan radikal untuk memperkuatkan parti dan meraih kembali sokongan rakyat.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata BN dan Umno khususnya tidak seharusnya mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan segala bentuk pembaharuan yang dijanjikan.

Abdullah berkata: "Pada waktu ini sudah ada hasrat di kalangan ahli Umno sendiri bahawasanya Umno perlu diperkasakan dan perlu ditingkatkan lagi

kemampuannya, dan dengan itu sekaligus kewibawaan parti akan bertambah teguh lagi.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan oleh Majlis Tertinggi Umno sebelum ini.

"Cuma kita kata kita belum dapat laksanakan lagi kerana kita hendak biarkan proses pemilihan dalam Umno itu selesai, dan lepas itu barulah tindakan-tindakan yang perlu diambil itu dilaksanakan," katanya.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner