Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pelajar Islam Universiti Malaya (UM) tetap menunaikan solat Jumaat di surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) walapun ia digemparkan dengan penemuan kepala babi di dalam surau tersebut awal pagi tadi.

Kepala babi yang dibelah dua itu diletakkan di atas bendera PAS, ditemui oleh seorang aktivis pro-Mahasiswa, Mohd Azlan Zainal kira-kira jam 5 pagi tadi.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 01 Tinjauan Malaysiakini di surau tersebut - yang menjadi tumpuan pelajar pada setiap minggu - mendapati permaidani di tempat kepala babi itu diletakkan, telah ditukar dengan permaidani baru berwarna biru.

Para pelajar yang berkumpul di situ selepas solat Jumaat kelihatan masih terkejut dengan kejadiaan itu.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 04 Kira-kira 15 wartawan dan jurugambar turut hadir mebuat liputan berhubung kejadian yang pertama kali berlaku dalam sejarah Universiti Malaya.

Dalam sidang media selepas solat Jumaat, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, beliau menganggap isu itu sebagai satu provokasi yang melampau yang cuba mencetuskan perselisihan antara kaum.

"Isu ini pada hakikatnya mencabar sensitiviti seluruh umat Islam kerana ia melibatkan penghinaan terhadap agama itu sendiri.

'Di luar jangkaan'

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 02 "Budaya seperti ini, sekiranya tidak diambil tindakan segara oleh pihak berwajib seperti polis, pentadbiran APIUM dan UM sendiri, akan menyebabkan pelakuan sebegini akan lebih berleluasa pada masa depan," katanya.

Menjawab soalan wartawan, Hishammuddin berkata, beliau tidak faham mengapa ada pihak yang sanggup meletakkan kepala babi di surau terbabit.

Beliau juga menyifatkan perkara itu sebagai di luar jangkaan kerana pihak keselamatan universiti itu sentiasa mengawasi dan merondai keseluruhan kampus setiap dua jam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY), Teh Hoong Keat pula menyifatkan perbuatan itu sebagai "satu cubaan sabotaj dan memburuk-burukkan nama baik PMIUM dan Pro-Mahasiswa.

"Namun begitu, kami tidak ingin menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan yang berkenaan supaya menyiasatnya dengan lebih terperinci," katanya.

Pilihanraya kampus

Teh juga menyeru mahasiswa - sama ada Islam dan bukan Islam - supaya jangan mudah terpengaruh dengan sebarang provokasi liar.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 05 Manakala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pula meminta pihak polis menyiasat kejadian terbabit dan memastikan tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukannya.

Pelajar Universiti Malaya akan membuang undi untuk memilih calon umum dan fakulti pada pilihanraya kampus Isnin depan.

Kampus tertua di Malaysia ini mempertandingkan sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Akademi Pengajian Islam Universti Malaya adalah kubu kuat Pro-Mahasiswa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS