Farid: Orang 'muflis isu' serang saya
Muda Mohd Noor
Jan 11, 09
4:35pm
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyifatkan pihak yang membuat serangan peribadi terhadapnya, termasuk mendakwanya seorang yang sombong, sebagai mereka yang "kemuflisan isu".

"Ada yang kata saya tidak reti (tahu) cakap Terengganu, dan bagaimana nak jadi ahli parlimen Kuala Terengganu?

"Saya sekolah di Terengganu, belajar di Terengganu dan buka firma guaman di Terengganu," kata calon BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu hari ini.

Beliau sebelumnya menghadiri program makan tengah hari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bersama kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu.

Wan Ahmad Farid diminta mengulas dakwaan pihak tertentu, termasuk ahli Umno, yang mengatakan beliau sombong dan tidak suka bergaul dengan orang ramai.

Calon itu berkata, apa sahaja serangan peribadi yang dibuat terhadapnya, jentera pilihanraya BN tidak boleh hilang fokus.

Mengulas penilaian jentera kempen pilihanraya BN setakat ini, Wan Ahmad Farid berkata, sambutan orang ramai terhadapnya amat baik.

"Saya berjumpa ramai pengundi, baik secara individu, kelompok kecil dan kelompok besar termasuk di kalangan guru.

"Ada yang sanggup menjadi juru kempen untuk saya. Walaupun ada yang tidak kenal saya, tetapi mereka kata nak undi saya.

"Ada juga yang mengucapkan selamat berjaya kepada saya," katanya.

Wan Ahmad Farid berdepan dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Azam.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner