Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Membangunkan sekolah agama rakyat agar setaraf sekolah aliran perdana merupakan satu agenda BN untuk memajukan umat Islam negara ini, kata timbalan perdana menteri.

Kerajaan, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak, memperuntukkan RM50 juta untuk pembangunan fizikal sekolah agama rakyat.

"Sekolah agama rakyat dimasukkan ke dalam aliran perdana pendidikan negara.

"Ia amat wajar dilakukan supaya ia dapat memainkan peranan sebaik mungkin.

"Kita tidak biarkan anak-anak kita ketinggalan dan kerana itu kita memperjuangkan pembangunan Islam mengikut yang sepatutnya," katanya ketika berucap menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat di Kuala Terengganu hari ini.

Sementara itu Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, RM454 juta telah diagihkan kepada sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri yang menandatangani perjanjian dengan kementeriannya dari 2004 hingga tahun lalu.

Peruntukan itu, katanya, termasuklah untuk pembelian aset, modal pembangunan dan naik taraf bangunan sekolah dan pemberian pelbagai bentuk bantuan kepada murid.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS