Poster Altantuya: 5 anggota AMK dilepaskan
Syed Jaymal Zahiid
Jan 6, 09
1:13pm
Polis hari ini memutuskan untuk tidak mendakwa lima anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan semalam kerana menampal poster wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mereka, termasuk ketua AMK Terengganu, Fariz Musa (kiri), dibebaskan pada jam 1.05 pagi tadi selepas polis selesai menyoalsiasat mereka, tetapi diarahkan hadir di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada jam 2 petang ini.

pkr youth samy vellu police report 160607 fariz musaFariz ketika dihubungi pagi ini berkata, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), dan bukan mengikut Akta Hasutan seperti yang dijangka sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau telah menerima panggilan dari pihak polis tengahari tadi dan kelima-lima mereka diminta melaporkan diri di Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu (CID) dan menunggu arahan selanjutnya.

Pegawai penyiasat kes tersebut yang tidak mahu namanya disebut, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis, atas arahan timbalan pendakwaraya, mahu melanjut lagi siasatan.

Polis kemudianya membawa mereka ke pusat operasi parti itu di Wisma Sentosa di Kuala Terengganu di mana mereka merakamkan gambar tempat tersebut untuk membantu siasatan.

"Mereka mengambil gambar pusat operasi tersebut dan semua bilik di situ. Mereka bagaimanapun tidak mengambil atau merampas apa-apa," kata Fariz ketika dihubungi Malaysiakini, sambil menambah, polis melanjutkan ikatjamin dan lima perlu melaporkan diri di pejabat CID Ahad ini.

Semalam, polis merampas kira-kira 50 poster semasa menahan mereka. Poster tersebut memaparkan foto Altantuya tanpa sebarang tulisan.

Fariz memberitahu pemberita semalam bahawa beliau dan yang lainnya telah menampal poster-poster tersebut sebagai satu "peringatan" kepada rakyat mengenai skandal yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya.

kuala terengganu by election pkr five arrested for altantuya poster 050109Katanya, mereka mahu mengalu-alukan kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kuala Terengganu, dengan mengingatkannya tentang bayangan Altantuya.

Najib, yang mengetuai kempen BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan, telah dikaitkan oleh beberapa pihak dengan pembunuhan wanita Mongolia itu pada Oktober 2006.

Beliau telah berulangkali menafikan sebarang pembabitan atau mengenali atau pernah menemui wanita Mongolia itu. Berita asal

Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner