Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lima anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan semalam kerana menampal poster wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, akan didakwa dimahkamah hari ini.

pkr youth samy vellu police report 160607 fariz musa Mereka, termasuk ketua AMK Terengganu, Fariz Musa (kiri) , dibebaskan pada jam 1.05 pagi tadi selepas polis selesai menyoalsiasat mereka, tetapi diarahkan hadir di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada jam 2 petang ini.

Fariz ketika dihubungi pagi ini berkata, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), dan bukan mengikut Akta Hasutan seperti yang dijangka sebelum ini.

Seksyen 11 PPPA menyebut sebarang bahan bercetak mesti memaparkan nama dan alamat yang sah penerbitnya.

Kesalahan di bawah seksyen tersebut boleh dihukum penjara maksima satu tahun atau didenda sehingga to RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Semalam, polis merampas kira-kira 50 poster semasa menahan mereka. Poster tersebut memaparkan foto Altantuya tanpa sebarang tulisan.

kuala terengganu by election pkr five arrested for altantuya poster 050109 Fariz memberitahu pemberita semalam bahawa beliau dan yang lainnya telah menampal poster-poster tersebut sebagai satu "peringatan" kepada rakyat mengenai skandal yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya.

Katanya, mereka mahu mengalu-alukan kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kuala Terengganu, dengan mengingatkannya tentang bayangan Altantuya.

Najib, yang mengetuai kempen BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan, telah dikaitkan oleh beberapa pihak dengan pembunuhan wanita Mongolia itu pada Oktober 2006.

Beliau telah berulangkali menafikan sebarang pembabitan atau mengenali atau pernah menemui wanita Mongolia itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS