Tan Sri Azmi Kamaruddin meninggal dunia
Jan 6, 09 11:45am
Bekas Hakim Mahkamah Agung Tan Sri Azmi Kamaruddin, 75, pulang ke rahmatullah malam ini akibat sakit tua.

Puan Sri Kamariah Yahya berkata suaminya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada kira-kira jaml 9.10 malam.

azmi kamaruddinKamariah, ketika dihubungi Bernama berkata jenazah suaminya akan dibawa pulang ke kediaman mereka di No 12, Jalan Mesra, Off Jalan Damai, Ampang di Kuala Lumpur.

Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat selepas disembahyangkan di Masjid Jamek, Jalan Tun Perak.

Azmi meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu.

Azmi adalah antara enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 1988. Selain beliau ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.

Pada 18 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran ex-gratia kepada keenam-enam hakim itu.

Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner