Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 500 orang menyertai demonstrasi di luar bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sebagai membantah serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza yang mengorbankan 400 nyawa.

Perhimpunan kira-kira sejam itu – yang disertai oleh 45 NGO Islam – mengutuk Washington yang terus memberikan sokongan terbuka kepada Israel.

IsraelPalestine-crowd-01 Bermula jam 11.30 pagi, mereka mula berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak menuju ke kedutaan Amerika Syarikat. Perhimpunan itu bagaimanapun berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingani.

Sejumlah 80 anggota polis ditugaskan mengawal perhimpunan tersebut.

Ekoran perhimpunan tersebut, berlaku kesesakan jalanraya sehingga 400 meter dari bangunan kedutaan berkenaan.

Anggota Unit Amal PAS juga turut membantu mengawal orang ramai supaya tidak membanjiri jalan yang sesak itu.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan “Allahu Akhbar”, “Hancur Amerika” dan “Hidup Islam” serta membawa bendera Palestin. Terdapat juga kain rentang mengutuk Israel dan Amerika Syarikat.

Beberapa pemimpin PAS turut hadir termasuk Naib Presiden Mohamad Sabu; Bendaharinya Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat, Syed Azman Syed Ahmad dan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Ghazali.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS