Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, majlis pelancaran kempen anti-ISA malam tadi mendapat sambutan hebat apabila kira-kira 2,000 membanjiri padang stadium dan dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

anti isa campaign 05 Program anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan parti-parti pembangkang – PAS, PKR dan DAP – berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Keadaan malam tadi amat berbeza dengan pengalaman bulan lalu di Ampang Jaya, yang berakhir dengan penangkapan sembilan pemimpin PAS.

anti isa campaign 03 Tidak seperti di Ampang Jaya, majlis pada malam tadi diadakan selepas mendapat permit polis.

Keadaan hanya sedikit tegang apabila rombongan pertubuhan-pertubuhan berteraskan Melayu pada mulanya, tidak dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum kepada pemimpin Pakatan berhubung isu ternakan babi di Melaka.

Mereka terdiri daripada wakil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

Bawa sepanduk

anti babi group 04 Bagaimanapun, dalam rundingan kira-kira sepuluh minit antara pihak penganjur dan polis, lima pemimpin pertubuhan itu dibenarkan masuk.

Mereka termasuk Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun dan penguam GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Mereka mahu menyerahkan memorandum itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir di majlis berkenaan.

Memorandum itu diterima bagi pihak Hadi, oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Salahudin Ayub pada kira-kira jam 10 malam.

memorandum anti babi group 02 Sebelum itu, mereka berkumpul di depan pintu kompleks sukan tersebut mulai jam 9:15 malam serta membawa sepanduk.

Manakala sebahagiannya lagi memakai kemeja-T putih bertulis “Gerakan Mansuhkan Babi” di bahagian belakang dan “Kekalkan ISA” di bahagian depannya.

Mahu serah memo pada Anwar

Sementara kira-kira 20 pasukan Unit Amal PAS membuat rantai manusia bagi mengawal keadaan di situ.

Kira-kira 30 anggota polis daripada Ibu Pejabat Daerah Kajang yang ditugaskan mengawal perhimpunan tersebut, berjaya menangani keadaan dengan baik.

launching anti isa campaign 01 Ditemui selepas menyerahkan memorandum itu, Rahimudin berkata: “Sudah serah, pulanglah. Kami bukan Hindraf (Barisan bertindak Hak Hindu).”

Beliau berkata, pihaknya akan mencari “masa yang sesuai” untuk menyerahkan memorandum yang sama kepada Anwar.

Sementara itu, Abdul Hadi, Mohamad, Salahudin dan beberapa pemimpin Pakatan yang di majlis tersebut, menempelak penggunaan ISA oleh pihak kerajaan.

Wakil keluarga tahanan ISA, Norlaila Othman dan wakil mahasiswa adalah antara pemimpin lain yang turut berucap di majlis tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS