Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Apakah yang lain juga akan dilarang ke Sarawak?
Diterbitkan:  Dec 26, 2008 7:04 PM
Dikemaskini: 11:22 AM

Kerajaan negeri mungkin menggunakan kuasa Imigresennya untuk melarang kemasukan lebih ramai ahli politik dari Semenanjung, termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran kebimbangan bahawa semakin ramai rakyat negeri itu menyokong pembangkang.

Ini ekoran tindakan pihak imigresen negeri itu melarang ahli Parlimen Padang Serai (Kedah), N Gobalakrishnan, memasuki Sarawak dua hari lalu. Beliau ke sana untuk menghadiri seminar anjuran PKR di luar bandar Kuching serta untuk menziarahi keluar angkatnya (Iban).

pas supporters club launch 160207 n gobalakrishnan Gobalakrishnan tiba pada jam 5.15 petang Rabu lalu, dan diberitahu oleh pegawai imigresen yang dia dilrang masuk ke negeri itu.

Menurut jabatan imigresen Sarawak, Gobalakrishnan perlu memohon permit untuk masuk ke Sarawak mengikut seksyen 66 (1) Akta Imigresen.

Mengikut peraturan, rakyat Malaysia dari Semenanjung tidak memerlukan permit kemasukan ke negeri itu asalkan mereka membawa pasport.

Pegawai imigresen juga memberitahu Gobalakrishnan bahawa mereka bertindak atas arahan dari pejabat setiausaha kerajaan negeri.

Berikutan itu, beliau telah meminta rakannya dari PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan, yang juga seorang peguam, untuk mencabar larangan tersebut di mahkamah.

Baca berita lanjut


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS