Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis soal 37 pengayuh Jerit
Diterbitkan:  Dec 15, 2008 4:34 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Polis telah mengarahkan 37 penunggang basikal yang menyertai kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" supaya melaporkan diri di balai polis Bangi, Selangor untuk memberi kenyataan.

Menurut penganjurnya - Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) - pihak polis mahu menyemak butiran diri mereka dan memastikan sekiranya penyertaan mereka dibenarkan oleh ibu bapa masing-masing.

Suaram pula berkata, kumpulan tersebut memulakan pengayuhan mereka dari estet Denudin menuju ke estet Bangi Lama pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Dan perjalanan mereka disekat oleh pihak polis di estet Bangi Lama pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Suaram mengutuk tindakan polis itu dan menuntut supaya kumpulan itu dibenar meneruskan perjalanan mereka.

Kumpulan tersebut telah sampai ke peringkat terakhir pengayuhan mereka selama 16 hari ke seluruh negara.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka berdepan dengan berbagai cabaran dan halangan termasuk ditahan serta beberapa basikal mereka telah dibakar.

Jerit pula menuduh pihak polis mengganggu mereka dan mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS