Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan kerajaan Terengganu tidak melantik semula sebagai ketua Puteri Umno negeri itu, Nordiana Shafie sebagai ahli Dewan Negara, telah mencetuskan spekulasi baru tentang kemungkinan beliau bakal dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

nordiana shafie Ini berikutan seorang lagi senator dari Terengganu - Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang sebelum ini disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon BN - dilantik semula sebagai senator.

Wan Ahmad Farid yang juga timbalan menteri dalam negeri, Senator dilantik untuk penggal kedua bagi mengisi satu dari dua kerusi wakil Terengganu di dewan itu.

Satu lagi kerusi senator bagi Terengganu akan diisi oleh Naib Ketua Wanita Umno negeri, Fatimah Ahmad, yang juga seorang pesara guru.

Nordiana yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT), yang juga ketua Puteri Kuala Terengganu Terengganu dilantik sebagai senator pada tahun 2005 dan berakhir pada 22 Disember ini.

Seorang senator boleh dilantik ke Dewan Negara untuk dua penggal.

Pengundi wanita

bm version kuala terengganu parliament state seat breakdown 031208 Sumber-sumber berkata, pemilihan Nordiana sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut boleh menarik sokongan dari pengundi wanita yang merupakan sebahagian daripada 80,229 pengundi di situ.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari manakala pengundian pula pada 17 Januari depan.

Ketika dihubungi pagi ini, Nordiana berkata, setahunya, setakat ini, beberapa nama disebut-sebut termasuk Wan Ahmad Farid, yang juga ketua Umno bahagian Kuala Terengganu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau juga tersenarai untuk dipilih sebagai calon BN, apabila tidak dilantik semula sebagai senator.

Ditanya mengenai pengundi wanita di bahagian tersebut, Nordiana berkata, BN, khususnya Umno, mampu menarik untuk wanita menyokong calon BN pada 17 Januari lalu.

"Tidak kira siapa yang menjadi calon, yang penting Puteri khususnya, akan memberi sokongan penuh supaya BN dapat mengekalkan kerusi tersebut," katanya.

Calon BN umum ini

Beliau yakin BN akan mampu mempertahankan kerusi walaupun pilihanraya kecil itu bakal menyaksikan pertandingan sengit, khususnya dari calon PAS.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diumum minggu ini.

Ketika melancarkan jentera pilihanraya kecil BN, beliau berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepadanya untuk mengumumkan calon bagi pilihanraya kecil itu.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian mengejut penyandangnya dari BN, Datuk Razali Ismail baru-baru ini.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Razali menang dengan majoriti kecil 628 undi, menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu, yang mendapat 31,934 undi dan seorang lagi calon bebas, Maimun Yusuf.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS