Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Usul tergempar bincang tragedi Bkt Antarabangsa
Diterbitkan:  Dec 10, 2008 2:37 PM
Dikemaskini: 4:01 PM

Dewan Rakyat hari ini menerima usul tergempar PKR bagi membahaskan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan empat nyawa dan meranapkan empat banglo, Sabtu lepas.

parliament speaker pandikar amin pc 250608 02 Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima usul yang dibentangkan oleh Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berdasarkan peraturan mesyuarat 18 (1).

"Isu itu menepati peraturan mesyuarat iaitu perkara tertentu, mempunyai kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

"Jadi usul ini akan dibahaskan bermula 4.30 petang hingga 5.30 petang ini," katanya.

Semasa membentangkan usul berkenaan, Mohamed Azmin berkata kerajaan perlu ambil pandangan pakar secara serius termasuk penguatkuasaan undang-undang supaya pemilik tanah persendirian menyelenggarakan cerun tanah mereka.

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 01 "Saya menyambut baik kenyataan perdana menteri dan ketegasan menteri besar Selangor untuk tidak lagi meluluskan pembangunan di cerun lereng bukit.

"Tapi kenyataan sebegini sudah kerap didengar tetapi bencana masih berterusan ekoran mereka yang tamak dan rasuah.

"Dalam tragedi terbaru, kerajaan Selangor yang lama mestilah

dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Parlimen adalah medan terbaik untuk bahas isu penting ini supaya tidak berulang," katanya.

Tanah runtuh di Taman Bukit Mewah serta Taman Bukit Utama memaksa ribuan penduduk berhampiran kerana kawasan itu tidak selamat untuk didiami ketika ini.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS