Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
32 'pengayuh perubahan' ditahan polis
Diterbitkan:  Dec 9, 2008 2:06 PM
Dikemaskini: 12:02 PM

kemaskini 3:32pm Sepuluh lagi peserta kumpulan kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" ditahan polis hari ini di Perak dan Johor selepas 22 mengalami nasib yang sama sejak Jumaat lalu.

Enam daripada yang ditahan dibawa ke balai polis Kuala Kangsar - termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar - sementara dua dibawa ke Taiping.

Program kreatif bagi menuntut perubahan politik dari utara dan selatan Semenanjung itu anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan dilancarkan di Alor Star, Rabu lepas.

Seorang ditahan dalam perjalanan dari bandar itu, 16 lagi ditahan sewaktu ingin bertolak dari Johor Bahru sehari selepasnya dan lima lagi di Kluang ditahan kelmarin.

Program berbasikal itu dijangka berakhir di Parlimen pada pagi 21 Disember ini dengan acara menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

Tuntutan kumpulan pengayuh basikal ini, antaranya, perumahan selesa untuk rakyat, mengawal harga barangan, penggubalan akta gaji minimum RM1,500 dan menghentikan penswastaan air, hospital dan pendidikan.

penang jerit cycling campaign 071208 burned bicycle Malaysiakini difahamkan sekumpulan besar pengayuh ini, termasuk 44 orang di dalam sebuah bas, ditahan di Kuala Kangsar tetapi telah dibebaskan selepas polis mengambil butiran peribadi mereka.

Menurut siaran media Jerit, seorang penyelaras wanitanya mengalami gangguan seks sewaktu ditahan, manakala kamera seorang aktivis turut dirampas.

Sementara itu, di Segamat, beberapa kenderaan kumpulan pengayuh ini seperti lori, van dan pacuan empat roda ditahan polis.

Dua pemandu kenderaan itu ditahan polis.

Semalam, lapan basikal kumpulan ini dibakar sewaktu mereka sedang tidur di Yayasan Aman, Penanti dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.

Baca berita penuh

bm version jerit ride for change events 091208


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS