Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chua disiasat polis isu ketuanan Melayu
Diterbitkan:  Dec 3, 2008 3:49 PM
Dikemaskini: 11:45 AM

kemaskini 7:05pm Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek disiasat polis selama 40 minit berhubung kenyataan kontroversi isu ketuanan Melayu minggu lepas.

"Mereka merakamkan kenyataan saya berikutan ucapan saya yang disampaikan dalam Anugerah Kancil, secara spesifiknya kepada istilah ketuanan Melayu yang digunakan," katanya di Wisma MCA.

chua soi lek pc on police report on ketuan melayu 031208 02 Dengan nada berseloroh, beliau berkata: "Untuk menjadikannya (berita) lebih menarik, (keterangan saya diambil) 41 minit, 22 saat."

Pada Khamis lalu, Dr Chua berkata, konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah dan slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.

Dr Chua juga dilaporkan berkata: "Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu."

Berikutan itu, kelmarin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) menghantar notis guaman menuntut timbalan presiden MCA memohon maaf kepada orang Melayu kerana mendakwa kenyataan itu berbau hasutan.

Dr Chua hadir ke balai polis Sunway, Petaling Jaya pada jam 9.15 pagi tanpa diiringi peguam.

Mengulas tindakan polis itu, bekas menteri kesihatan berkata ia sesuatu yang "normal".

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Dr Chua disisasat bawah Akta Hasuatan.

Laporan Sin Chew Online hari ini memetik beliau sebagai berkata, aduan polis terhadap bekas ahli parlimen Labis itu dibuat oleh sebuah organisasi di Batu Pahat, Johor.

Oleh kerana ucapan Dr Chua itu dibuat di Sunway, katanya, maka kes tersebut disiasat oleh polis Subang Jaya.

Mengulas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam untuk mewujudkan mekanisme untuk berbincang isu-isu sensitif melibatkan kaum dan agama dalam BN, Dr Chua hanya berkata:

"Ia cadangan yang baik."

Menegaskan kembali kenyataan semalam, tokoh MCA itu berkata beliau tidak menentang kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kenyataannya merujuk perkongsian kuasa dalam BN.

"Saya menerima kepimpinan Melayu. Saya tidak mahu bercakap hubungan dalam BN secara terbuka.

"Kita ada saluran untuk membincangkannya. Saya ulas apa yang saya katakan dalam ucapan saya yang telah diputarbelitkan dan dipetik di luar konteks," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS