Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengecam pemimpin MCA dan Gerakan kerana memberi "reaksi yang keterlaluan" berhubung isu Ketuanan Melayu.

mukhriz mahathir gaza fund 010208 smiles Dan beliau juga mengecam sistem sekolah vernakular yang telah mempolarisasikan masyarakat dan menyebabkan kefahaman yang lemah mengenai konsep ketuanan Melayu di kalangan orang bukan Melayu.

Mukhriz berpendapat bahawa perpecahan dalam masyarakat timbul akibat perbezaan sistem pendidikan dan mencadangkan agar sistem pendidikan tunggal dilaksanakan untuk meningkatkan lagi perpaduan rakyat.

Anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, isu Ketuanan Melayu telah diperbesar-besarkan kerana kefahaman yang lemah pada diri mereka yang bercakap menyokong dan menentang konsep tersebut.

Katanya, beliau masih mendengar kenyataan mengenai konsep Ketuanan Melayu oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang telah mencalar hati orang Melayu, terutama Umno.

Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, calon ketua Pemuda Umno itu berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin berkenaan menunjukkan "mereka tidak tahu apa-apa tentang sejarah kita dan mungkin mereka cuba berlagak untuk menjadi hero kepada masyarakat mereka".

MCA dan Gerakan adalah rakan komponen dalam Gabungan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno.

Menurut Mukhriz, istilah Ketuanan Melayu bermaksud kedaulatan Raja-Raja Melayu "dan kita menyebut mereka Tuanku dan semua bangsa menerimanya dan mereka mengamalkannya".

Katanya, konsep tersebut tidak menunjukkan bahawa orang Melayu adalah Tuan dan bangsa lain sebagai hamba.

Malah, katanya, orang Melayu, terutama dalam bidang ekonomi, tidak merasakan diri mereka sebagai tuan.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS