Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Namewee cetus kontroversi baru
Diterbitkan:  Nov 25, 2008 3:37 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Wee Meng Chee yang lebih dikenali sebagai 'Namewee', yang mencetuskan kontroversi melalui video rapnya yang mempersendakan lagu Negaraku tahun lalu, kini berdepan dengan kontroversi baru.

Kali ini, pemuda berusia 25 tahun itu, menerima seorang peguam dari sekolah lamanya - sekolah Tinggi Chong Hwa di Muar.

namewee teacher hew video english lesson 251108 Ini ekoran klip video muzik terbarunya yang bertajuk 'Teacher Hew's Time' telah memapar nama, kelas dan halaman sekolah tersebut.

Surat tersebut telah diserahkan kepada Wee di rumahnya di Muar semalam.

Klip video tersebut telah dimuat-naik ke dalam Youtube serta di dalam blog Wee beberapa minggu yang lalu.

Klip video itu menunjukkan seorang guru sekolah mengajar bahasa Inggeris di kelas, dengan menggunakan perkataan yang tidak senonoh. Klip itu turut memaparkan beberapa aksi menggiurkan.

Bahagian pertama video itu sepanjang empat minit dan 54 saat, bahagian kedua empat minit 47 saat dan bahagian ketiga selama tiga minit dan tiga saat.

Wee telah menunjukkan nama sekolah tersebut dalam bahagian ketiga klipnya.

Sekolah tersebut mengkritik Wee kerana menggunakan nama dan halaman sekolah tersebut dalam videonya, tanpa kebenaran.

Ini, kata pihak sekolah, telah mencemar imej dan reputasinya.

Wee pertahan videonya

Wee bagaimanapun mempertahankan video itu dalam blognya .

namewee Katanya, adalah tidak mengejutkan apabila pihak sekolah tidak senang dengan klip videonya itu.

"Saya rasa, pihak sekolah mahu mengambil tindakan terhadap saya adalah sesuatu yang bagus, kerana ini akan membolehkan lebih ramai orang berpeluang menyaksikan video tersebut dan memahami isu-isunya," kata Wee dalam blognya, yang ditulis dalam bahasa Mandarin.

Wee menambah, tujuan video itu dibuat adalah untuk mengetengahkan keadaan yang tidak sihat dalam sistem pendidikan di negara ini.

Menurutnya, sistem pendidikan yang berbeza di peringkat rendah, menengah dan peringkat tinggi telah mewujudkan kesulitan kepada para pelajar.

Wee menyebut contoh adik perempuannya yang belajar di sekolah rendah Cina di mana matematik diajar dalam Mandarin.

Bagaimanapun, katanya, apabila adiknya itu masuk ke sebuah sekolah menengah, kesemua subjek, termasuk matematik, diajar dalam bahasa Melayu.

Dan apabila adiknya masuk ke kolej, bahasa pengantarnya balik ke bahasa Inggeris, katanya.

"Saya percaya ramai orang menghadapi masalah yang sama. Ini kerana tidak ada arah yang jelas dalam sistem pendidikan kita," katanya.

Wee juga berkata, sistem pendidikan sekarang tidak memberi kebebasan kepada pelajar sekolah Cina melanjutkan pelajaran mereka ke mana sahaja yang mereka mahu.

Tambahnya, para pelajar terbabit mempunyai pilihan yang terhad untuk melanjutkan pelajaran, sama ada belajar di Taiwan dan China atau belajar di kolej-kolej tempatan, atau berhenti terus daripada belajar.

Jawapan bekas guru besar

Bagaimanapun, pandangan Wee itu tidak dipersetujui oleh bekas guru besarnya, Tan Soo Tee.

Tan berkata, sementara sekolah menekankan pengajaran dalam tiga bahasa, ia turut menjadi tanggungjawab para pelajar sendiri untuk memperbaiki penguasaan bahasa mereka.

"Wee berkata, bahasa Inggerisnya lemah. Itu masalahnya. Dia tidak harus menyalahkan orang lain," kata Tan dalam laporan akhbar berbahasa Cina hari ini.

Beliau berkata, ramai pelajar cemerlang tidak menghadapi sebarang masalah apabila mereka melanjutkan pelajaran di negara-negara Eropah.

Tan juga menasihatkan bekas pelajarnya itu supaya memanfaatkan bakatnya dalam bidang muzik untuk kebaikan dan bukan dengan menambah kata-kata tidak senonoh di dalamnya.

Sebelum ini, Wee menjadi sasaran apabila ramai ahli politik mendesak kerajaan mendakwanya dengan tuduhan hasutan ekoran klip videonya yang mempersendakan lagu Negaraku.

Klip video selama enam minit itu, bertajuk 'Negarakuku' mencetus bantahan kerana liriknya menyentuh tentang salahguna kuasa oleh pihak polis, rasuah, diskriminasi kaum dan perkara-perkara lain.

Walaupun Wee yang ketika itu belajar di Taiwan, telah memohon maaf berhubung klip video teresbut, tetapi dia masih dipanggil oleh pihak polis untuk disoalsiasat September lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS