Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'pura potong gaji k'tangan awam
Diterbitkan:  Nov 25, 2008 10:45 AM
Dikemaskini: 2:50 AM

Kerajaan Singapura mengumumkan gaji Presiden, Perdana Menteri dan pegawai kanan kerajaan akan dipotong antara 11 dan 19 peratus tahun depan ekoran kelembapan ekonomi negara itu.

Menurut kenyataan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam Singapura, pemotongan gaji itu wajar kerana hampir 25 peratus daripada komponen gaji tahunan mereka adalah berkitan dengan pertumbuhan ekonomi negara bandar raya itu.

Mereka lain yang akan terlibat dalam pemotongan gaji termasuklah menteri dan Anggota Parlimen, kata kenyataan itu semalam.

Menurut Bernama, kenyataan itu menyebut pemotongan 19 peratus gaji tahunan presiden akan menjadikannya turun kepada $3.14 juta dan Perdana Menteri kepada 3.04 juta tahun depan.

Gaji tahunan para menteri akan berkurangan sebanyak 18 peratus kepada $1.57 juta dan gaji beberapa peringkat pegawai kanan kerajaan akan berkurangan sebanyak 12 peratus kepada antara $353,000.

Elaun bagi Anggota Parlimen akan berkurangan sebanyak 16 peratus kepada $190,000, menurut jabatan yang terletak di bawah Pejabat Perdana Menteri itu.

Jabatan Perkhidmatan Awam itu berkata kerajaan akan menangguhkan fasa ketiga penyelarasan gaji bagi kakitangan pentadbiran, pelantikan pemegang jawatan politik, kehakiman dan badan berkanun yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari.

Penyelarasa Kakitangan awam bagaimanapun akan tetap menerima pembayaran gaji bulan ke-13 atau gaji tahunan tambahan sebulan, menurut jabatan itu.

Pada tahun lepas, Singapura memperkenalkan satu mekanisme yang membenarkan gaji kakitangan awam berubah berdasarkan prestasi ekonomi negara itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS